- Memperbaiki dirinya sendiri sehingga menjadi seorang yang kuat fizikal, berakhlak mulia, berpengetahuan tinggi, berupaya untuk berdikari, selamat akidah, ibadah yang sahih, berjihad dengan dirinya sendiri, menjaga masanya, teratur dalam segala urusannya dan bermanfaat kepada selain darinya.
- Membentuk rumah tangga muslim dengan membawa ahli rumahnya menghormati fikrahnya, memelihara adab-adab Islam dalam setiap urusan kehidupan, tepat dalam memilih isteri, mengikat isterinya pada hak-hak dan kewajipannya, elok tarbiyah anak-anak dan pembantu dan membesarkan mereka menurut dasar-dasar Islam. Itulah juga kewajipan setiap orang.
- Memberi petunjuk kepada masyarakat dengan menyebarkan dakwah kebaikan, memerangi perkara keji dan mungkar, menggalakkan sifat yang mulia, menyeru kepada kebaikan, bersegera ke arah kebaikan,
membawa pandangan umum kepada fikrah Islam dan mencelup kehidupan umum dengan celupan dakwah Islam. Itu adalah kewajipan jemaah sebagai pertubuhan yang beramal. - Membebaskan negara dari penjajahan kuasa asing bukan Islam sama ada penjajahan itu berbentuk politik, ekonomi ataupun rohani.
- Memperbaiki kerajaan sehingga menjadi kerajaan Islam yang sebenarnya. Dengan itu ia dapat menunaikan tugasnya sebagai pembantu kepada umat, buruh dan pekerja untuk kepentingannya. Kerajaan Islam adalah kerajaan di mana anggotanya adalah muslimin yang menunaikan fardhu-fardhu Islam dan tidak melakukan maksiat dan ia menjalankan semua hukum dan ajaran Islam. Tidak menjadi masalah jika kerajaan ini meminta bantuan dengan orang yang bukan Islam ketika darurat tetapi bukan dalam jawatan pemerintahan umum. Tidak menjadi masalah mengenai bentuk ataupun jenis pertolongan yang diminta selagi mana ia adalah bertepatan dengan kaedah umum dalam dasar pemerintahan Islam.
- Di antara sifat kerajaan Islam adalah: Merasakan tanggung jawab yang diletakkan kepadanya, kasihan belas kepada rakyat, berlaku adil di kalangan manusia, cermat dalam perbelanjaan wang umum dan berekonomi padanya.Antara kewajipannya adalah menjaga keamanan, melaksanakan undang-undang, menyebarkan ajaran Islam, melengkapkan kekuatan, menjaga kesihatan, menjaga kepentingan umum, menyuburkan harta benda dan menjaga wang negara, menguatkan akhlak yang mulia dan menyebarkan dakwah Islamiyyah,Antara haknya pula ketika ia telah menjalankan kewajipannya itu adalah: Diberikan ketundukan dan kepatuhan, dibantu dengan diri dan harta. Jika kerajaan ini tidak menjalankan kewajipannya dengan sempurna maka ia mesti diberikan nasihat dan petunjuk, kemudiannya dipecat dan dijauhkan jika ia tidak mengikut nasihat kerana tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam perkara maksiat kepada yang menciptanya.
- Mengembalikan kehebatan antarabangsa kepada umat Islam dengan membebaskan negara-negara Islam yang dijajah, menghidupkan keagungannya, memperdekatkan peradabannya, menghimpunkan kesatuannya sehingga membawa kepada kembalinya Khilafah Islamiyyah yang telah hilang, dan mengembalikan kesatuan yang diharap-harapkan.
- Membentuk kuasa besar dunia dengan menyebarkan dakwah Islam kepada setiap pelusuknya sehingga tidak ada lagi di sana fitnah dan agama itu hanyalah untuk Allah. Allah Taala enggan kecuali untuk disempurnakan NurNya (Maksud firman Allah). Keempat-empat peringkat yang terakhir ini adalah wajib kepada jemaah yang bersatu dan juga kepada setiap akh dengan sifatnya sebagai anggota dalam jemaah ini. Alangkah beratnya tanggung jawab dan alangkah besarnya misi ini. Manusia lain akan memandangnya sebagai khayalan sementara akh muslim memandangnya sebagai hakikat yang ingin dicapai dan dia tidak akan berputus asa. Bagi kita, Allah adalah harapan utama kepada kita seperti mana yang dimaksudkan oleh firman Allah dalam surah Yusuf: "Dan Allah Maha Kuasa melakukan segala perkara yang telah ditetapkanNya, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui."
Alunan Kalam Bersulam Tinta Menggapai Redha Sang Pencipta
Pagari hatimu dengan ketaqwaan, siraminya dengan keimanan, moga beroleh mardhatillah
Friday, June 15, 2012
Risalah Ta`lim (Imam Hassan Al-Banna)
Friday, February 10, 2012
TETAPLAH BERSAMA ISLAM
Saudaraku sekalian, percayalah padaku bahawa setiap kali kita berfikir tentang nikmat agung ini, iaitu nikmat iman kepada-Nya dan kecintaan kerana-Nya, maka kita akan semakin mengerti akan kelemahan kita dalam melaksanakan kesyukuran serta kekurangan kita dalam memahami nikmat ini. Kita mengakui kelemahan ini sambil memohon kepada-Nya agar tetap menerima syukur kita, meskipun dengan berbagai kekurangan itu. Maha suci Allah, kita tidak berupaya menghitung pujian untuk-Nya sebagaimana pujian-Nya sendiri bagi diri-Nya.
Sebenarnya, di dunia ini tidak ada nikmat yang lebih sempurna dan lebih agung daripada nikmat iman. Ia merupakan setinggi-tinggi nikmat. Alangkah banyaknya nikmat yang dikurniakan-Nya kepada hamba-hamba-Nya. "Dan jika kalian menghitung-hitung nikmat Allah, nescaya kalian tidak dapat menentukan jumlahnya." [An-Nahl:18]. Nikmat agama adalah nikmat yang tidak dapat disetarakan dengan nikmat apa pun. "Pada hari ini telah Aku sempurnakan untuk kalian deen kalian, dan telah Aku cukupkan kepada kalian nikmat-Ku dan telah Aku redhai Islam itu sebagai deen kalian." [Al-Maidah:3]
Pada kajian yang telah lalu, telah disampaikan bahawa Allah Subha Nahu Wa Taala mengemukakan risalah kepada manusia secara global, kemudian menjelaskan sikap manusia terhadapnya. Di antara mereka ada yang beriman, ada orang-orang kafir, dan ada pula orang-orang yang munafik. Dia juga menjelaskan sifat-sifat yang dimiliki oleh masing-masing daripada mereka.
Perhatikan bagaimana Islam telah mendahului pemikiran manusia dengan dakwahnya yang abadi, lantas menyarankannya kepada manusia secara percuma.
Barangkali ada orang yang mengatakan, Bagaimana mungkin Islam dapat menyatukan manusia pada zaman sekarang yang berbeza persekitaran, generasi dan masa?
Islam adalah ciptaan Allah Yang Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana, yang mengetahui segala kejadian pada masa lalu, sekarang, dan yang akan datang. Kerana itu, ia datang membawa segala hal yang diperlukan oleh umat manusia pada setiap waktu dan zaman. Sifat Islam adalah kekal dan abadi. Maka Islam memegang teguh pokok daripada prinsip-prinsip dan kaedah-kaedah yang tidak berubah, seraya membiarkan manusia mengurus perincian-perincian dan penjelasan tentang hal-hal yang bersifat cabang. Biarlah mereka mengaturnya sesuai dengan tuntutan zaman dan keperluan manusia. Kerana itu Umar bin Abdul Aziz berkata;
"Hukum diputuskan di tengah masyarakat seiring dengan perilaku mereka."
Im Imam Syafie ra. mempunyai fatwa-fatwa ketika di Iraq dan fatwa-fatwa ketika di Mesir. Beliau mempunyai dua mazhab, iaitu mazhab lama (qaul qadim) dan mazhab baru (qaul jadid).
Persekitaran dan suasana boleh berubah, tetapi agama tetap satu, tidak berubah, kerana ia kekal di setiap zaman. "Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahawa Al-Quran adalah benar." [Fushilat:53]
Wallahua`lam
Rujukan: Ceramah-Ceramah Hasan Al-BAnna
Monday, August 1, 2011
Titipan Pengalaman Semanis Kenangan
Pengembaraan kali ini telah memberikan satu kenangan yang cukup manis selain lebih mendekatkan diri ini kepada Sang Pencipta..Subhanallah..betapa hebat dan agungnya ciptaan Allah.Terasa begitu kerdil dan hinanya diri ini.
Anyway, kredit to Kak Sarah..Thanks to Huda, Atikah dan juga untuk Tia.. Seronok bermusafir dengan kalian. Makin diri ini mengenali anda semua..Semoga ukhwah yang dibina akan berkekalan..Thanks juga sekali lagi untuk Tia. Seronok berkenalan dengan keluarga anda dan alang-alang sudah tiba di Perak, mungkin destinasi seterusnya ke The Lost World Of Tambun..:) Insya-Allah.
Seronok bersama kalian semua:)
Sunday, November 7, 2010
Sepi musim itu
Membuat waktu
Diam membisu
Pena biru terus meluru
Melakar sepi dalam rindu
Pada ruang kosong berwarna ungu
Sepi musim itu
Tiada apa yang berlaku
Hanya kabus rindu terus berlagu
Mengalun irama berlagu pilu
***************************
Noda Diri
Ke mana harus ku bawa diri ini
Menanti dan terus menanti
Dalam sandiwara sendiri
Yang akhirnya
Hanya memakan diri
Berdosanya hati
Berdosanya diri
Tiang kendiri tidak dituruti
Keampunan Ilahi sudah tentu
Jauh benar untuk diperolehi
***********************************
Manusia Lupa
Apakah kita lupa pada Dia yang berkuasa?
Apakah kita lupa pada Dia yang empunya alam maya?
Apakah kita lupa pada Dia penakluk alam semesta?
Apakah kita lupa pada Dia yang Maha Pencipta?
Manusia lupa
Manusia leka
Manusia alpa pada Sang Pencipta
Pada yang berkuasa
Pada yang empunya semesta
Benar
Manusia mudah tewas dengan dunia
Tewas dengan raja segala raja
Tunduk patuh pada syurga dunia
Yang akhirnya tunduk sujud pada nafsu durjana
**************************
Wacana Malam Dalam Kelam
Malam
Malam menyapa mesra
Khabar alam mengusik manja
Dingin terasa hingga ke urat muda
Menyentuh lembut syahdu di jiwa
Langit kelam
Seakan enggan memberi muka
Hanya kerlipan bintang setia bersama
Malam
Terlalu dingin malam itu
Terlalu dingin dan kaku
Hanya kelam menanti waktu untuk aku terus di situ
Kaku dan terus membisu
Saturday, June 26, 2010
THE WOLF`S TALE
They think I killed and ate old Granny. I didn’t. I wouldn`t have harmed a hair of her head, but when I tried to tell them so, of course they couldn’t understand me. So the woodsman cut me open. Oh, how that hurt. I can remember the pain: it was horrible. Even now I have nightmare about it, and I shudder and cry out in my sleep, until I wake up screaming.
They didn’t kill me, you see. They thought they did, but they didn’t. I can’t be killed that way. It has to be something else. A silver bullet, that`s the only thing that will work. A silver bullet, for a werewolf.
Because that`s what I really am. I was attacked by a werewolf one night, years ago. It bit me, and infected me with it curse. I`d give anything to be free. I`d rather die than live like this, changing every full moon into a monster that no one can control. I’d give anything to be what I used to be. A harmless human being. A little old lady, who was kind to everyone.
Red Riding Hood thought she knew all about her dear granny. But she didn’t. No one does. Only me….and now, YOU..
(Short and Scary by Louise Cooper)
Tuesday, May 25, 2010
Demam Peperiksaan
Assalamualaikum...
Nampaknya dah lama tak update blog ni...tengah musim exam tak sempat nk update...jengah2 sekejap jadiklah...:)
Tapi hari ni rasa macam nk meng`update` kejap..sikit pun jadilah, rindu pulak kat blog ku ini..
Hari ni sebenarnya baru saja abis paper Anatomi..huhuhu...tawakal je lah..all the best buat rakan2 seperjuangan sekalian ya...semoga beroleh kejayaan..AMIN..:)
Wednesday, April 7, 2010
Wanita Perhiasan Dunia
Cantik indahnya pada pandangan mata
Yang kekal menjadi pujaan manusia, hanyalah wanita yang mulia akhlaknya…
Kerana
Akhlak itu umpama bunga diri…
Tiada guna berwajah cantik tetapi hati kosong dari ilmu
Ibarat bunga
Ada yang cantik bila dipandang tetapi busuk baunya
Ada pula yang kurang menarik dan baunya juga kurang menyenangkan
Ada juga bunga yang tidak menarik pada pandangan mata kasar tetapi bila dihalusi dengan mata hati, ternyata amat tinggi nilainya…
“Harta yang paling berharga di dunia adalah wanita yang solehah”
{Hadis Riwayat Muslim}
Rasulullah SAW juga turut menyuruh umatnya supaya perlakukan wanita sebaik-baiknya sebagaimana sabda baginda yang bermaksud:
“Mereka yang paling sempurna di kalangan mereka yang ikhlas adalah mereka yang mempunyai akhlak yang terbaik dan yang di kalangan kamu yang paling baik terhadap isterinya.”
Rasulullah SAW telah memerintahkan supaya kaum wanita diperlakukan menurut fitrah Allah ia jadikan sebagaimana dalam sabdanya yang bermaksud:
“Berlaku baiklah terhadap kaum wanita lantaran mereka diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok adalah bahagian yang tertinggi, jika kamu cuba untuk melaraskannya kamu akan mamatahkannya dan jika kamu biarkan ia akan tetap bengkok, maka berlaku baiklah terhadap kaum wanita kamu.”
Fitrah telah mengurniakan wanita dua ciri:
Kedegilan
Rasa malu
Anas b. Malik meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:
“seorang wanita yang mengerjakan solat 5 waktu, berpuasa wajib sebulan, memelihara kemaluannya serta taat kepada suaminya maka pasti dia akan masuk syurga dari pintu mana saja dikehendakinya.”
Abd. Rahman b. Auf meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda :
“Seorang wanita solehah lebih baik dari 1000 lelaki yang tidak soleh. Dan seorang wanita yang melayan suaminya selama seminggu, maka ditutupkan baginya 7 pintu neraka dan dibuka 8 pintu syurga yang mana dia dapat masuk dari mana saja tanpa hisab.”
Siti Aisyah meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:
“Tidaklah seorang wanita yang haid kecuali haidnya merupakan kifarah bagi dosanya yang telah lalu. Dan pada hari pertama haidnya membaca ‘alhamdulillah ala kulli hal wa astaghfirullahi min kulli zanbin’. Maka Allah menetapkan baginya bebas dari neraka dengan mudah melalui sirat, aman dari siksa bahkan Allah mengangkat ke atasnya darjat 40 orang syuhada apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidnya.”
“Apabila seorang dari mereka diberi khabar dengan kelahiran anak perempuan hitamlah muka dan dia sangat marah.”
[Surah An-Nahl:58]
“Dan kaum perempuan mempunyai hak setimbang dengan hak lelaki terhadap mereka dengan cara yang sopan dan baik.”
[Surah Al-Baqarah:227]
“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya(Allah) ialah Dia menciptakan untuk kamu isteri-isteri supaya kamu cenderung dan mesra tenteram kepadanya dan dijadikan antara kamu rasa sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.”
[Surah Ar-Rum:21]
Sayyidah Aisyah pernah berkata kepada Rasulullah SAW:
“Hak manusia manakah yang paling besar yang diwajibkan ke atas perempuan(wanita)? Rasulullah menjawab : Hak suaminya.”
Sabda Rasulullah SAW :
“Sekiranya aku memerintahkan seseorang sujud kepada seseorang yang lain pastilah aku memerintah perempuan(isteri) sujud pada suaminya, lantaran sangat besar hak suami di atas isteri dan si isteri tidak akan mendapat mengecap kemanisan iman melainkan setalah ditunaikan hak-hak suaminya.”
{Hadis riwayat Abu Hurairah}
Hadis Nabi SAW :
“Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada kaum lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab Rasulullah, “Ibu lebih penyayang dari bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”
Sabda Rasulullah SAW :
“Apabila suami memanggil isterinya ke tempat tidur tiba-tiba si isteri menolak, suaminya tidur dalam kemarahan kepadanya, malaikat melaknatnya sehingga ke pagi esok.”
{Hadis riwayat Bukhari dan Muslim}
“Sebaik-baik perempuan ialah perempuan yang apabila engkau melihat kepadanya, dia menyenangkan hati engkau dan jika engkau memerintahkannya, dia taat dan jika engkau tidak bersamanya dia menjaga harta engkau dan juga dirinya.”
Sabda Rasulullah SAW :
“Perempuan itu adalah aurat, sesungguhnya bahawa perempuan yang keluar dari rumah sedangkan dia tiada sebarang urusan yang penting, maka syaitan akan menoda mereka dengan kata bahawa jika kamu bersua dengan sesiapa sahaja engkau menariknya, bahawa apabila perempuan itu memakai pakaiannya syaitan akan berkata kepadanya : Engkau hendak ke mana ? Maka perempuan itu akan menjawab : Saya akan melawat seorang yang sakit atau menyaksikan jenazah atau sembahyang di masjid dan ibadat seorang perempuan terhadap Tuhannya di rumah lebih baik dari yang lain.”
“Katakanlah kepada wanita yang beriman hendaklah mereka menahan pandangan dan memelihara kemaluan dan janganlah menampakkan perhiasan kecuali apa yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup dada mereka dengan tudung-tudung mereka dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka melainkan kepada suami-suami mereka.”
[Surah An-Nur : 31]
“Wahai Nabi(Muhammad) katakanlah kepada isteri-isterimu, amah-amah, perempuan dan isteri-isteri orang mukmin hendaklah mereka menghulurkan jilbab(sejenis baju seumpama baju kurung yang luas yang dapat menutup kepala, muka dan dada) keseluruhan tubuh mereka, yang demikian supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu dan Allah adalah Maha Pengampun dan Maha Penyayang.”
[Surah Al-Ahzab :59]
“Mana-mana perempuan yang meninggal dunia dalam keredhaan suaminya dia akan masuk syurga.”
{Hadis riwayat At-Tarmizi}
“Mana-mana perempuan yang keluar dari rumahnya tanpa mendapat keizinan suaminya, dia dalam kemurkaan Allah sehinggalah dia pulang ke rumah atau suaminya meredhainya.”
“Mana-mana perempuan meminta suaminya menceraikan(talak) tanpa sebab-sebab yang kuat maka haram baginya bawah syurga.”
“Bahawa perempuan, apabila dia sembahyang 5 waktu, puasa bulan Ramadhan dan menjaga kemaluannya dan taat pula kepada suaminya, dia dapat memasuki mana-mana pintu dari pintu-pintu syurga.”
{Hadis riwayat Abu Hurairah}
“Mana-mana perempuan berkata kepada suaminya aku tidak pernah melihat kebaikan dari engkau melainkan Allah menggugurkan(merosakkan) amalannya selama 70 tahun, sekalipun dia berpuasa di siang hari dan beribadat di kala malam.”
“Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian dia keluar dari rumahnya, dan melalui di suatu kaum atau kumpulan dengan tujuan supaya bau harumnya dicium maka dai adalah umpama perempuan yang berzina.”
{Hadis riwayat At-Tarmizi dan Abu Daud}
“Barangsiapa yang mempunyai anak perempuan, lalu dia mengajarnya dan mendidiknya dengan baik, maka anak itu kelak akan menjadi tabir yang melindunginya dari api neraka.”
{Hadis riwayat Bukhari}